fbpx

Ke mana empat pelajar tahfiz pergi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pelajar tahfiz dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai empat pelajar berusia 10 hingga 12 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato Keramat, di sini, sejak Isnin lalu.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak terbabit meninggalkan pekarangan asrama tahfiz kira-kira pukul 11 malam.

Empat pelajar terbabit dikenali sebagai Muhammad Ammar Darwish Mohd. Farid, 10, Muhammad Ammar Danish Mohd. Farid, 12, Muhamad Abdul Razak Rasidi, 12 dan Ahlami Idracy Mohd. Hisyam, 12.

Bapa salah seorang pelajar, Rasidi Othman berkata, dia menerima maklumat dari orang awam bahawa anaknya dilihat berniaga di sekitar Bukit Bintang, baru-baru ini.

“Sehari sebelum dia hilang, mak saya ada berikan duit sebanyak RM80 kepadanya. Jadi, mungkin mereka gunakan duit sebagai modal untuk berniaga.

“Namun, sehingga sekarang belum jumpa dan saya masih berusaha mencari anak saya. Saya takut mereka sudah keluar dari Kuala Lumpur dan pergi ke negeri lain,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Mengulas mengenai motif tindakan anaknya bersama pelajar keluar dari asrama, Rasidi berkata, dia tidak pasti sama ada ia disebabkan salah faham atau sebaliknya.

“Mereka mungkin memberontak tapi anak saya tidak pernah mempunyai masalah dengan ustaz atau tenaga pengajar di sana.

“Saya pun tiada masalah dengan pusat tahfiz itu dan harap masyarakat tidak buat spekulasi mengenai perkara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka di bawah kes Orang Hilang (OH). Setakat ini, usaha pencarian masih dilakukan dan kesemua kanak-kanak tersebut belum ditemui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI