fbpx

Jakim diminta sedia laporan babit puja guru agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD NA'IM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyediakan laporan berhubung video tular babit seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar mengalun bait tertentu dalam bahasa Arab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Jakim juga diminta untuk membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk tindakan.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd. Na’im, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan iaitu Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia diminta untuk melipatgandakan usaha.

“Ini bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial kumpulan berkenaan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang didakwa memuja dan memuji secara melampau seorang guru agama dari negeri utara dilihat boleh membawa kepada amalan kekultusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI