fbpx

EPL: Masa depan Ten Hag terus ‘misteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATCLIFFE (tengah) enggan mendedahkan mengenai nasib Ten Hag biarpun pihak pengurusan tertinggi United mengadakan mesyuarat selama tujuh jam kelmarin. - AFP

LONDON – Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe tidak memberikan sebarang maklumat mengenai masa depan pengendali pasukan itu, Erik Ten Hag selepas berlangsungnya mesyuarat selama tujuh jam di London kelmarin.

Ratcliffe bersama beberapa ‘orang kanannya’ Sir Dave Brailsford termasuk pemilik, Joel Glazer, pengarah sukan, Dan Ashworth, pengarah teknikal, Jason Wilcox, ketua pegawai operasi, Collete Roche, ketua pegawai kewangan, Roger Bell serta ahli lembaga pengarah, Jean-Claude Blanc turut berada dalam mesyuarat berkenaan.

Pertemuan tersebut merupakan rutin bulanan yang dilakukan, namun agenda kali ini menjurus ke arah nasib Ten Hag ekoran prestasi buruk dipamerkan pasukan itu apabila hanya meraih lapan mata dalam tujuh perlawanan dan menghuni kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Selepas mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan, Ten Hag mengharungi cuti rehat antarabangsa kali ini dengan masa depan tidak menentu, namun tidak ada sebarang berita mengenai keputusan hasil mesyuarat berkenaan apabila semua pihak bertindak mengunci mulut.

Ratcliffe tiba sekitar pukul 9.45 pagi sebelum meninggalkan lokasi berkenaan pada 4.45 petang dengan menaiki sebuah kenderaan bercermin gelap dan enggan untuk menjawab semua pertanyaan.

Situasi itu menyebabkan para peminat menghadapi persoalan besar mengenai masa depan Ten Hag sama ada beliau akan terus kekal mengemudi United untuk berdepan Brentford pada 19 Oktober nanti di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI