fbpx

‘Bersemut’ habis tengok gelagat Afifah Nasir, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afifah Nasir dan suami.

MASIH dalam fasa bulan madu, pelakon Afifah Nasir dan suaminya, Syed Hariz memang nampak sangat romantis.

Kalau sesiapa ikuti perkongsian adik kepada Anzalna itu dalam laman sosial, ada sahaja aktiviti menarik dilakukan mereka bagi merapatkan hubungan.

Namun dalam lembut Afifah, sebenarnya dia jenis kuat menyakat termasuk yang terbaharu kononnya dia meminta suaminya keluar dari bilik.

Alasan Afifah, dia mahu menukar baju dan tidak selesa apabila lelaki itu ada di dalam bilik sama. Pelik pula kata Syed Hariz.

Kelakarnya wajah suaminya itu terpingga-pinga sebaik sahaja Afifah menyatakan itu sekadar helah untuk merakam respons lelaki terbabit.

Ramai yang tinggalkan komen seronok tengok Afifah ‘kenakan’ teman hidupnya bahkan menganggap gelagat mereka buat skrin telefon masing-masing jadi ‘bersemut’.

MIZZ LAHAR: Terfikir kenapa ramai artis berani menyelar Fazura sebegitu rupa, adakah tiada hubungan baik mereka dengan pelakon itu sebelum ini?



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI