fbpx

Sultan Selangor titah segera bentuk Jawatankuasa pemulihan kanak-kanak GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin bersama Mohammad Fahmi (kanan) dan Salehuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi menghasilkan kertas kerja terperinci berhubung kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Menerusi kenyataan di Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menegaskan ia mengenal pasti kaedah terbaik memulihkan kanak-kanak tersebut yang berjumlah lebih 600 orang.

Baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat.

“Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Sultan Sharafuddin serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini.

“Seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenaan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Turut menghadap, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Salehuddin Saidin.

Semalam, kerajaan negeri menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang dijumpai di rumah-rumah amal GISBH.

Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan oleh Mohammad Fahmi dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari memaklumkan pasukan khas itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, 2 Oktober lalu.

Ia akan dipengerusikan bersama antara Mohammad Fahmi dan Anfaal dengan mesyuarat pertama akan berlangsung pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI