fbpx

Suami isteri curi 700kg sawit guna kereta Iriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Iriz digunakan suspek untuk melarikan 700kg sawit terbabas sebelum terbakar di Kampunh Bukit Kepok, Melaka.

JASIN – Sepasang suami isteri diberkas selepas dipercayai mencuri 30 tandan sawit dengan berat mencecah 700 kilogram (kg) di sebuah ladang di Merlimau di sini minggu lalu.

Suspek berusia 26 dan 25 tahun itu ditahan sewaktu mahu membuat laporan polis selepas kereta jenis Proton Iriz yang dinaiki terbabas sebelum terbakar ketika mahu membawa keluar tandan sawit di Kampung Bukit Kepok.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kedua-dua suspek ditahan di pekarangan Balai Polis Merlimau di sini kira-kira pukul 11.15 malam kelmarin.

“Sebelum suspek tampil, polis menerima laporan kes kecurian 30 tandan sawit bernilai RM500 pada 3 Oktober lalu.

“Pengadu iaitu anggota polis bantuan di ladang berkenaan menyedari berlaku kejadian curi selepas dia menemui sawit tanpa tandan dalam parit pada pukul 5 petang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menemui sabit dipercayai digunakan untuk mencuri sawit.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah dan narkotik, manakala si isteri mempunyai empat rekod jenayah sama.

“Kereta tersebut pula dipercayai terbabas kerana membawa muatan berlebihan,” katanya.

Pasangan itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI