fbpx

Solanke mampu ganti tugas Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLANKE (tengah) bakal memainkan peranan penting di bahagian serangan England dalam dua aksi antarabangsa bulan ini. - ENGLAND

LONDON – Pengendali sementara England, Lee Carsley mungkin terpaksa mengubah pendekatan buat pasukan selepas bakal melupakan khidmat beberapa pemain utama termasuk ketua pasukannya, Harry Kane.

Menyedari impak besar yang bakal ditinggalkan Kane sekiranya bintang Bayern Munich itu tidak dapat bermain, Carsley mengambil keputusan untuk menyenaraikan Dominic Solanke pada latihan pusat kali ini.

Ini juga panggilan pertama buat Solanke bersama The Three Lions selepas penyerang Tottenham Hotspur itu hanya mempunyai satu kaps di pentas antarabangsa di mana dia melakukannya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Dom (Solanke) adalah pemain yang sentiasa saya lihat dan juga pernah bekerja dengannya. Dia begitu rapat dengan pasukan, namun sebelum ini dia mungkin alami kecederaan sebelum pemilihan dibuat.

“Dia sudah melakukan tugasnya dengan baik di Bournemouth dan prestasi baik itu diteruskan di Spurs. Dia mempunyai sifat yang menggembirakan saya dan saya percaya adalah sesuatu yang bagus untuk kami memilikinya dalam pasukan,” kata Carsley.

Bagaimanapun, Kane yang cedera semasa aksi Bundesliga ketika Bayern Munich seri 3-3 dengan Eintracht Frankfurt hujung minggu lalu tetap hadir melaporkan diri bersama The Three Lions.

Dalam masa sama, kem England terpaksa melupakan tiga lagi pemain daripada skuad yang mara ke final Kejohanan Euro baru-baru ini disebabkan masalah kecederaan iaitu bintang muda Manchester United, Kobbie Mainoo, pertahanan Aston Villa, Ezri Konsa dan pemain tengah Nottingham Forest, Morgan Gibbs-White.

Namun, Carsley tidak berminat memanggil pemain-pemain baharu kerana merasakan barisan sedia ada mampu melakar keputusan positif dalam dua aksi penting Liga Negara-Negara Eropah bulan ini menentang Greece dan juga Finland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI