fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan seluruh Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

“Bagi Kedah pula ia melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” lapor MetMalaysia di Facebook.

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut tertumpu sekitar negeri Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualli.

“Di Kelantan meliputi daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala bagi Terengganu pula, amaran ribut petir dilapor melanda Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Hujan lebat juga melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin di Pahang serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” kata MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang tertumpu sebahagian kawasan negeri Sarawak dan Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI