KELIBAT aktres sensasi Katrina Kaif sering menjadi sorotan apabila sentiasa tampil jelita dengan gaya dan persalinan yang menyerlah.
Namun kemunculan terbaharunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India beberapa hari lalu mengejutkan peminat.
Isteri kepada pelakon Vicky Kaushal itu kelihatan seperti biasa, cuma pelekat hitam pada lengannya mencetuskan kerisauan ramai.
Ada dalam kalangan peminat mendakwa pelekat berkenaan adalah sejenis alat untuk memantau kandungan gula dalam darah.
Berikutan komen tersebut, sebilangan peminat lain pula mendakwa Katrina menghidap diabetes.
Begitupun, hingga kini aktres terbabit mahupun orang terdekatnya belum memberi maklum balas berhubung penyakitnya.