fbpx

PRU-16 ujian sebenar Kerajaan Perpaduan, sama ada kekal atau sepenggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Puad

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) adalah medan ujian sebenar buat Kerajaan Perpaduan.

Malah menurut beliau, PRU-16 juga akan menjadi penentu sama ada Kerajaan Perpaduan akan kekal atau hanya sepenggal.

“Ujiannya di PRU 16. Ia melibatkan pembahagian kerusi, persafahaman jentera dan manifesto.

“Kuncinya ‘trust’. Jika momentum Mahkota kekal dan terus diperbaiki tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Justeru, Mohd. Puad menyeru agar semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan tidak mensia-siakan tempoh yang ada sehingga Disember 2027.

“Menteri dan kerajaan mesti buktikan kepada rakyat mereka berprestasi tinggi.

“Tidak ada formula karut dan jadi bahan jenaka. Bagi UMNO, isu Najib tetap isu utama,” tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI