fbpx

Polis terima 12 laporan kes buli anak Tam Spider, Khir Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khir Rahman (kiri) dan Tam Spider (kanan)

KUALA LUMPUR – Polis menerima 12 laporan kes buli melibatkan anak penyanyi kumpulan Spider, Tam dan pelakon, Khir Rahman serta individu lain di sebuah sekolah berasrama di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini, tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Dua daripada tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah dikembalikan kepada kami untuk dikemas kini.

“Polis percaya terdapat lima hingga enam suspek yang terlibat, semuanya pelajar tingkatan lima serta seorang warden sekolah yang telah diambil keterangan,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis serah tugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

Menurut Rusdi, beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada telinga manakala yang lain lebam di tangan dan kaki.

“Polis akan mengambil keterangan daripada pelajar-pelajar yang dipercayai suspek dalam kes tersebut pada hujung minggu ini.

“Atas permintaan ibu bapa suspek, kami dijangka mengambil keterangan mereka hujung minggu ini memandangkan anak-anak mereka akan menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan Tam Spider mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI