fbpx

Polis buru pasangan guna ‘mesin masa’ buat rawatan penuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJEEV dan isterinya Rashmi (gambar kecil) kini diburu polis. - Foto Oddity Central

NEW DELHI – Sepasang suami isteri di India menjadi buruan polis kerana menipu sejumlah mangsa yang mahu kelihatan muda menggunakan alat digelar mesin masa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Rajeev Kumar Dubey dan isterinya, Rashmi Dubey mengaut keuntungan sebanyak 344 juta rupee (RM18 juta) daripada mangsa-mangsa mereka.

Pasangan itu memiliki sebuah pusat terapi di Kanpur, negeri Uttar Pradesh. Mereka menipu orang ramai dengan mendakwa boleh membalikkan proses penuaan dengan bantuan mesin masa buatan Israel serta terapi oksigen. 

“Mereka menawarkan pakej berharga 6,000 rupee (RM300) untuk 10 sesi dan 90,000 rupee (RM4,600) untuk sistem ganjaran tiga tahun,” kata seorang pegawai kanan polis, Anjali Vishwakarma kepada laman berita NDTV.

Salah seorang mangsa, Renu Singh memfailkan aduan polis dan mendakwa dirinya ditipu sebanyak 1.76 juta rupee (RM90,000) dan memberitahu polis bahawa beratus-ratus orang telah kerugian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 344 juta rupee.

Pasangan suami isteri itu bagaimanapun dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI