fbpx

Pemilik syarikat direman rasuah cukai import barangan kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat penghantaran antara direman kes meminta rasuah berkaitan pengurangan cukai import barangan kosmetik di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pemilik syarikat penghantaran dan dua lagi individu direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki meminta rasuah RM15,000 berkaitan pengurangan cukai import barangan kosmetik.

Perintah reman ke atas tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis di sini kira-kira pukul 8 hingga 10 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek utama yang bertugas sebagai eksekutif operasi di sebuah syarikat penghantaran dipercayai meminta rasuah RM15,000 daripada pemilik sebuah syarikat kecantikan.

“Perbuatan itu dilakukan dengan alasan untuk diberikan kepada pegawai agensi penguat kuasa bagi mengurangkan kadar cukai import barangan kosmetik yang dibawa masuk melalui Pelabuhan Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Dua lagi suspek iaitu pemilik syarikat penghantaran sama dan pekerja syarikat itu ditahan kerana disyaki bersubahat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab. Gani memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI