fbpx

Pemburu tembak lelaki disangka babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor babi hutan. - Foto AFP

SEOUL – Seorang pemburu di Korea Selatan secara tidak sengaja menembak mati seorang pekerja lain ketika mencari babi hutan yang sesat, kata polis seperti laporan laman berita Independent semalam.

Lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu menembak mangsa di sebatang jalan di daerah Yeoncheon pada kira-kira pukul 11.35 malam (waktu tempatan), Ahad lalu.

Menurut polis tempatan, pemburu daripada pasukan kawalan haiwan itu menembak mangsa dalam kedaaan gelap kerana menyangka dia adalah babi tersebut.

Peluru yang ditembak mengenai kepala mangsa, yang juga berumur dalam lingkungan 40-an, menyebabkan dia cedera parah pada mukanya. 

Dia kemudian dihantar ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketika kejadian, mangsa tidak membawa sebarang senjata api dan sedang memasang perangkap kamera pengimejan haba untuk mengesan pergerakan babi hutan.

Sementara itu, suspek didakwa atas tuduhan membunuh tanpa sengaja akibat  kecuaian profesional. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI