fbpx

Pemandu lori maki polis didenda RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hari Ram (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini selepas mengaku bersalah memaki hamun seorang anggota polis, Ahad lalu.

Tertuduh, S. Hari Ram, 37, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memaki hamun anggota polis dengan sengaja berkata-kata kesat di tepi jalan bersebelahan kawasan perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Baru, Perai, kira-kira pukul 4.20 petang, 6 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dengan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, seorang anggota polis telah mengarahkan suspek supaya berhenti di tepi jalan selepas ternampak lelaki tersebut melanggar lampu lampu isyarat berwarna merah pada hari kejadian.

Semasa ditahan, suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadu kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan tindakan saman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI