fbpx

Pemandu lori didenda RM80,000 miliki diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chandrakumar (kiri) didenda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini kerana memiliki diesel tanpa lesen sah.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu lori didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 24,676 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, G. Chandrakumar, 47, selepas dia menukar pengakuan bersalah, hari ini.

Pada 27 Disember tahun lalu, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan di mahkamah sama.

Dia turut berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal menjelaskan denda itu. Bagaimanapun Chandrakumar membayar denda tersebut

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki diesel sebanyak 24,676 liter dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan iaitu berurusan dengan diesel secara borong tanpa lesen di Kawasan Perusahaan Pinang Emas, Sungai Petani kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 4 Oktober 2022.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Amir meminta hukuman yang setimpal dengan mengambil kira ketirisan dana kerajaan yang hilang akibat penyelewengan.

Walau bagaimanapun, peguam, T. Sharmela yang mewakili tertuduh merayu hukuman minimum kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan serta perlu menjaga ibu yang sakit jantung selain menanggung kos pengajian seorang anak saudara lelakinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI