fbpx

Peguam PU Azman kemuka representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Azman

SEREMBAN – Pihak pembelaan yang mewakili penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41, berkata, surat representasi itu dikemukakan sesuai dengan keadaan terkini anak guamnya.

“Saya telah diarahkan anak guam untuk membuat satu surat representasi kepada AGC dengan tujuan berdasarkan situasi terkini iaitu anak guam sekarang berada di penjara dan sedang menjalani hukuman.

“Saya mohon satu tarikh sebutan ditetapkan kerana surat ini juga akan melibatkan kes-kes lain (PU Azman) di mahkamah lain,” katanya pada prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan representasi tersebut.

Terdahulu dalam prosiding di hadapan Hakim Datin Surita Budin, Mohamad Zahid memaklumkan telah menghantar surat kepada mahkamah untuk penangguhan perbicaraan yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober ini.

Mahkamah membenarkan penangguhan perbicaraan bagi tarikh berkenaan dan memberi tempoh seminggu kepada pihak pembelaan untuk menghantar representasi.

Surita kemudian menetapkan 27 November depan untuk sebutan keputusan representasi dan status penelitian kertas siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI