fbpx

Pahang catat kerugian jenayah komersial RM74 juta dalam sembilan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis pada perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis merekodkan sebanyak RM74 juta kerugian yang melibatkan kes jenayah komersial bagi negeri ini dalam tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah terbabit yang melibatkan 1,639 kertas siasatan adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu sebanyak RM43 juta dalam tempoh yang sama.

“Daripada jumlah itu kes melibatkan tipu dalam talian mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,596 kertas siasatan telah dibuka melibatkan kerugian sebanyak RM52 juta.

“Di dalam hal yang berkaitan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selaku pemegang taruh dalam pembasmian aktiviti scam seharusnya perlu mempertingkatkan lagi usaha mengesan dan menuduh suspek bagi kes penipuan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi teras untuk membanteras jenayah kolar putih,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, berdasarkan statistik dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, keseluruhan İndeks jenayah bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berjumlah 1,598 kes.

Katanya, terdapat peningkatan sebanyak 145 kes berbanding tempoh yang sama bagi tahun lalu iaitu sebanyak 1,453 kes jenayah bersamaan 9.9 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI