fbpx

Nenek ‘legend’ main snuker berbaju kelawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu berjaya memasukkan bola ke dalam lubang dengan teknik tersendiri. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat menjadi sensasi internet kerana kemahirannya bermain permainan snuker atau billiard, lapor saluran berita Indozone semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kedaipengaruhburuk memaparkan wanita itu dengan santai bermain snuker sambil mengenakan baju kelawar. 

Lebih menarik apabila dia berjaya memasukkan bola satu demi satu ke dalam lubang meja snuker itu dengan tekniknya tersendiri. 

Meskipun kelihatan sudah berusia, ia tidak menghalang wanita tersebut untuk beraksi dan membuat pukulan yang tepat. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan dan meraih pujian ramai netizen. 

“Ini pemain legend billiard yang sebenar!” puji seorang netizen. 

“Mereka yang pro belum tentu boleh guna teknik seperti ini,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI