fbpx

Malakoff dianugerah Pengeluar Tenaga Bebas Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Syahrin (kiri) menerima anugerah pada Persidangan Enlit Asia 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dianugerahkan gelaran berprestij Pengeluar Tenaga Bebas Terbaik pada persidangan Enlit Asia 2024 di sini baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, anugerah tersebut adalah tanda penghargaan bagi pasukannya yang berdedikasi dan juga komitmen mereka untuk menempatkan syarikat sebagai peneraju dalam sektor tenaga

Menurut beliau, bagi mencapai standard terbaik dalam industri, perlunya sokongan kerajaan dalam memajukan lagi inisiatif tenaga boleh baharu (RE) Malakoff, khususnya dalam bidang operasi berterusan kombinasi pembakaran biojisim di negara ini.

“Salah satu cabaran utama dalam industri ini adalah untuk mendapatkan stok bahan api biojisim yang berkelanjutan dan daripada sumber tempatan, serta menguruskan kos yang berubah-ubah yang berkaitan dengannya.

“Pada masa ini, bagi menghasilkan tenaga daripada biojisim adalah 90 peratus lebih mahal daripada arang batu.

“Sebahagian besarnya berpunca daripada bahan api biojisim yang mengandungi 77 peratus kurang tenaga, akan tetapi ia memerlukan jumlah yang lebih besar untuk menghasilkan pengeluaran yang setara.

“Oleh itu, ramai pembekal biojisim mengutamakan perjanjian jangka masa panjang bagi menstabilkan harga yang boleh dipermudahkan lagi dengan arahan yang jelas daripada kerajaan mengenai masa depan kombinasi pembakaran biojisim.

“Dengan adanya lebih banyak pelaburan dan insentif daripada kerajaan untuk menghasilkan pelet biojisim, kita akan dapat me­ningkatkan penggunaan tenaga yang lebih bersih.

“Ia juga akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, terutama dalam industri kelapa Sawit,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Sebagai Pengeluar Tenaga ­Bebas (IPP) terbesar, Malakoff kekal komited untuk menangani trilema tenaga negara iaitu menyeimbangkan keselamatan tenaga, kebolehpercayaan dan keterjangkauan sambil melangkah ke arah masa depan rendah karbon.

Melalui teras perniagaan utama iaitu Malakoff Green Solutions, Malakoff Environmental Solutions dan Malakoff Energy, Kumpulan kini memacu peralihan tenaga sementara aset termal yang sedia ada tetap ­menyokong 21 peratus daripada jumlah penjanaan kuasa Semenanjung Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI