fbpx

Madrafataha hilang selepas ambil makanan di kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madrafataha dilaporkan hilang selepas mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah rumah flat Bandar Bukit Tinggi, semalam.

KLANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan di kereta yang diparkir di bawah flat di Bandar Bukit Tinggi, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 2.30 petang selepas mangsa dikenali Madrafataha Indal Bangsawan disuruh berbuat demikian oleh ibunya sendiri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak tersebut turun bersendirian dan tidak kembali ke rumahnya selepas itu.

“Ibu kanak-kanak tersebut kemudiannya bertindak mencari di sekitar parkir namun tidak menjumpai anaknya.

“Setelah puas mencari, wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kira-kira pukul 8.59 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter, berkulit cerah dan rambut paras bahu.

“Semasa hilang kanak-kanak itu dikatakan memakai baju T sukan berwarna hijau dan berseluar trek warna hitam,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkan ke IPD Klang di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI