fbpx

Letih memandu, lelaki siap bentang selimut, tidur tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pemandu itu tidur di Lebuh Raya Vinh Hao-Phan Thiet pada 5 Oktober lalu. - VN Express

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 58 tahun didenda sebanyak 22 juta dong (RM3,800) selepas memberhentikan van di laluan kecemasan untuk tidur, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Vinh Hao-Phan Thiet, wilayah tengah Binh Thuan pada 5 Oktober lalu. 

Menurut polis trafik, pemandu itu sempat membentangkan selimut dan tidur di hadapan kenderaannya kerana keletihan. 

“Dia memandu dari Bandar Ho Chi Minh ke wilayah Phu Yen untuk memulangkan van itu kepada pemiliknya. 

“Selain berhenti secara salah, dia turut didenda kerana mengendalikan kenderaan tanpa lesen memandu. 

“Pemilik van itu turut didenda 5 juta dong (RM860) kerana menyerahkan kenderaan kepada pemandu tidak berlesen,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI