fbpx

Lemas sambut hari lahir rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa naik mayat mangsa

KUALA LANGAT – Kegembiraan sekumpulan remaja mengunjungi pantai berhampiran bahagian 7, Pulau Carey di sini bagi sambutan hari lahir berakhir tragedi dengan seorang daripadanya ditemui lemas awal pagi tadi.

Mangsa merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun dan masih bersekolah tersebut ditemui kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, laporan kehilangan mangsa diterima pihaknya kira-kira pukul 7.19 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke lokasi kejadian bagi menyambut hari lahir salah seorang daripada rakannya.

“Kemudian mangsa bersama tiga lagi rakannya telah mandi di pantai tersebut. Namun didapati mangsa telah pergi berenang di kawasan alur air laut walaupun telah ditegah oleh rakan-rakannya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, selang kira-kira lima minit kemudiannya rakan-rakan mangsa mendapati remaja itu telah tiada dan disyaki telah dibawa arus.

Jelasnya, pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI