fbpx

Kuwait positif, hasrat Malaysia untuk dapatkan Hornet – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika meninjau pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Kuwait Air Force (KAF) di Pangkalan Udara Ahmed Al-Jaber.

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan mamaklumkan bahawa Kerajaan Kuwait telah memberikan maklum balas yang positif tentang hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik KAF (Tentera Udara Kuwait).

Perkara tersebut dikongsi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke negara itu turut memaklumkan telah meninjau sendiri pesawat berkenaan di Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber.

“Dalam rangka lawatan kerja ke Kuwait, saya telah ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber, yang antara lain menempatkan Skuadron 9 yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik KAF.

“Ketibaan saya dan delegasi Malaysia telah disambut oleh Mejar Jeneral Sheikh Sabah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah, Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Kuwait yang juga merupakan Komandan Tentera Udara Kuwait,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Mohamed Khaled berkata, beliau telah diberikan taklimat mengenai status, keupayaan dan pengoperasian pesawat tempur F/A-18C/D KAF.

Taklimat tersebut katanya diberikan sendiri oleh pasukan juruterbang KAF, selain turut diberi peluang untuk melihat sendiri kondisi serta keadaan sebahagian aset strategik berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI