fbpx

Kerian daerah tunggal dilanda banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan memeriksa keadaan banjir di Kerian hari ini.

TAIPING – Daerah Kerian menjadi kawasan tunggal kes banjir dilaporkan di negeri ini dengan 128 mangsa dari 37 buah keluarga direkodkan di sini setakat pukul 2 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, jumlah mangsa berkenaan menunjukkan penurunan apabila 135 mangsa dari 38 buah keluarga direkodkan pada pukul 12 tengah hari ini.

“Hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak yang melibatkan 71 orang mangsa (20 keluarga) dan PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai melibatkan 57 mangsa (17 keluarga).

“PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak pula ditutup pada pukul 1.30 petang tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI