fbpx

Kerajaan kaji tamatkan subsidi telur 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi itu wajar ditamatkan sekiranya bekalan telur tersebut telah kembali pulih dan stabil di pasaran tempatan.

Beliau berkata, penjimatan itu dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan yang lain, yang lebih mendesak.

“Saya dimaklumkan, kerajaan memperuntukkan RM100 juta setahun bagi pemberian subsidi bagi tiga gred telur itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI