fbpx

Keldai akaun pelaburan Bitcoin perdaya mangsa sampai rugi RM129,970

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menjadi keldai akaun sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM129,970 semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Bayan Lepas bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun membuat laporan polis di Bayan Baru selepas lelaki itu menyedari dia ditipu sindiket terbabit.

“Suspek menawarkan pelaburan Bitcoin kepada mangsa dengan keuntungan 200 peratus setahun, namun mangsa tidak mendapat sebarang pulangan. Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza termasuk milik suspek yang ditahan sejak 11 Julai hingga 10 Ogos.

“Kesemua wang yang telah diserahkan untuk pelaburan tersebut menerusi transaksi bank membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM129,970,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI