fbpx

Kek mufin, biskut ‘berperisa’ ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB Selamat (tengah) menunjukkan antara kek mufin yang diproses sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan pihaknya di sekitar bandar raya Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menemukan modus operandi baharu yang digunakan sindiket pengedaran dadah iaitu memproses ganja menjadi kek mufin dan biskut sebelum dijual di pasaran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, modus operandi itu dibongkar selepas pihaknya menumpaskan satu sindiket di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Menurut beliau, pasangan kekasih yang merupakan dalang sindiket itu merupakan antara lima suspek berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan.

“Serbuan terhadap sindiket tersebut dibuat di tiga lokasi berasingan iaitu di Majidee dan Danga Bay. Kita menemukan bukan sahaja dadah tetapi juga ganja yang telah diproses menjadi biskut dan kek muffin.

“Kami percaya sindiket ini sedang melakukan ujikaji untuk mencari kaedah baharu bagi mengaburi pihak berkuasa. Sekiranya ujikaji itu berjaya produk berkenaan mungkin akan dijual dalam pasaran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Tambah Raub, serbuan terhadap sindiket yang baharu beroperasi sejak bulan lalu itu turut menemukan sebatang pokok ganja berusia kira-kira dua bulan setinggi 140 sentimeter.

Sementara itu, Raub memberitahu, pihaknya turut berjaya menumpaskan dua lagi sindiket dadah berasingan di sekitar bandar raya ini semalam dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 33 tahun.

“Daripada kesemua serbuan itu, kita merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM102,150. Jika dibiarkan di pasaran ia boleh digunakan oleh seramai 28,252 penagih.

“Selain itu, polis turut menyita tiga buah kenderaan, sebuah motosikal, dua buah basikal, tiga utas rantai, tiga pasang subang, tujuh subang hidung dan wang tunai. Keseluruhan nilai rampasan dadah dan barangan adalah RM326,150,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI