fbpx

Isteri banyak kali bagi ‘signal’ tapi suami biar berdikari – Fadzilah Kamsah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Sekuat atau sehebat manapun isteri, tetap juga dia mahu suami membela, mempertahan dan melindunginya sungguh-sungguh.”

Itu antara perkongsian pakar motivasi terkemuka, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah mengenai situasi dan perasaan seorang isteri.

Katanya, hidup berumah tangga berbeza dengan hidup sendiri.

Disebabkan itu, suami perlu segera memberi perhatian semula ke atas apa yang diabaikan sebelumnya.

“Isteri dah banyak kali bagi ‘signal’. Jiwanya sepi, kadangkala menangis seorang diri. Hati semakin tawar. Suami pula menganggap isterinya matang, boleh berdikari dan tahu selesai masalah sendiri.

“Lalu dibiarkan isteri berjuang, bertarung dan bertahan merempuh badai ujian sendiri.

“Jangan culas atau ambil ringan. Perbaiki apa yang kurang sebelum terlewat. Ambil perhatian! Insya-Allah kita dapat ambil hati isteri semula,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI