fbpx

EPL: Nama Tuchel resahkan dua pemain Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LIGT pastinya resah sekiranya Tuchel dilantik mengemudi United kerana ia mampu menyebabkan peluang beraksi berkurangan. - AFP

MANCHESTER – Laporan mengaitkan jawatan pengendali baharu Manchester United dengan bekas jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel menimbulkan rasa tidak senang dia pemain baharu pasukan itu.

Ketika ini, nasib pengurus semasa, Erik Ten Hag masih belum diputuskan ekoran prestasi pasukan itu yang buruk, namun Tuchel dikatakan menjadi pilihan pihak pengurusan sekiranya pemecatan tersebut berlaku.

Tuchel yang pernah mengemudi Borussia Dortmund, Paris Saint-Germai dan Chelsea sebelum menyertai Bayern dikaitkan dengan United sejak musim lalu sebelum The Red Devils memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ten Hag selepas memenangi Piala FA.

Bagaimanapun, berita tersebut pastinya tidak menggembirakan dua pemain baharu United, Matthijs De Ligt dan Noussair Mazraoui yang pernah beraksi di bawah kendalian Tuchel ketika di Allianz Arena sebelum ini.

Kedua-dua mereka melalui tempoh karier yang sukar bersama Tuchel apabila gagal mendapat tempat dan lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan apabila jurulatih itu menganggap mereka tidak sesuai dengan corak permainan yang digunakan.

De Ligt tiba di Bayern dengan status sebagai pemain pertahanan kedua termahal dalam sejarah kelab itu, namun Tuchel lebih gemar menggunakan khidmat Dayot Upamecano dan Kim Min-jae yang dianggap lebih selesa bersama bola berbanding pemain Belanda itu yang dianggap sebagai bek yang tradisional.

Mazroui juga berdepan nasib yang sama apabila hanya membuat 24 penampilan di bawah kendalian Tuchel musim lalu dalam semua kempen apabila jurulatih itu lebih menggemari cara permainan Konrad Laimer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI