fbpx

Dua lelaki, dua wanita disyaki curi barang kemas RM45,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAWAU – Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas milik seorang lelaki bernilai RM45,000 di Jalan OKK Abu Bakar baru-baru ini.

Keempat-empat suspek berusia 28, 30, 30 dan 42 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, terdahulu pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 31 tahun memaklumkan barang kemas yang diletakkan di dalam kereta hilang disyaki dicuri oleh individu yang tidak dikenali, pada 1 Oktober lalu.

Katanya, barang kemas miliknya yang hilang iaitu seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan buah rantai emas dan anggaran kerugian hampir RM45,000.

“Bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan empat suspek termasuk dua wanita di Jalan Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan sekitar Hospital Tawau, dari jam 6 pagi hingga 6 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI