fbpx

Diari kuatkan gosip cerai Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA RAI

SPEKULASI perceraian pasangan sensasi, Aishwarya Rai dengan Abhishek Bachchan masih menjadi tanda tanya namun penyebaran petikan diari didakwa tulisan aktres terbabit menguatkan lagi berita perpisahan mereka.

Dalam laman sosial, tersebar satu halaman sebuah diari yang menzahirkan perasaan sedih, sepi, hubungan ideal serta kebosanan dalam kehidupan.

Petikan yang dikatakan luahan ratu cantik terbabit seolah-olah menggambarkan rutin hariannya yang serba tidak kena kebelakangan ini.

Bahkan, dalam petikan tersebut Aishwarya juga mengakui enggan bersuara kerana tidak mahu membuka pekung pihak lain.

Pada masa sama, dia tidak menafikan halaman diari yang tular itu adalah miliknya, manakala Abhishek tidak memberikan sebarang respons berhubung spekulasi perpisahan dengan isterinya.

Rumah tangga pasangan yang berkahwin pada 2007 itu dikatakan sudah lama bergolak namun masing-masing didakwa enggan mendedahkan kepincangan hubungan demi nama baik keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI