fbpx

Banjir: Keadaan semakin pulih, mangsa berkurangan kepada 433 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir di negeri Johor menunjukkan trend semakin pulih.

PONTIAN – Keadaan banjir di negeri Johor menunjukkan trend semakin pulih apabila seramai 433 mangsa masih berlindung di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut data dikeluarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa menunjukkan penurunan berbanding 527 mangsa direkodkan pukul 8 pagi tadi.

Di Pontian, dua PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dan SK Parit Markom yang menempatkan 366 mangsa terdiri daripada 108 keluarga.

Manakala di Batu Pahat, mangsa yang terjejas masih kekal kepada 17 orang yang berteduh di PPS SK Seri Bunut.

Daerah Kluang juga menunjukkan pengurangan ketara mangsa banjir yang terlibat apabila kini hanya 50 orang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI