fbpx

Anggota polis hisap rokok di restoran disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto tular seorang anggota polis merokok di sebuah premis makanan yang dimuat naik di laman X.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang didapati menghisap rokok di sebuah restoran di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan perkara itu menerusi foto tular di laman X hari ini.

“Foto tersebut memaparkan anggota polis peronda atau ‘mobile patrol vehicle’ (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya merokok di sebuah restoran.

“IPD Petaling Jaya telah membuka kertas siasatan tatertib berhubung pelanggaran undang-undang serta ketidakpatuhan prosedur operasi standard pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, polis tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.

Terdahulu, tular di laman X foto seorang anggota polis sedang merokok di sebuah premis makanan.

Hantaran tersebut turut memetik PDRM dan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan Akta Kawalan Produk Demi Kesihatan Awam 2024 yang berkuat kuasa sejak 2 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI