fbpx

Aidil Bolhassan kini Ketua Polis Daerah Cheras baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Ravindar (kiri), kepada Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu, Aidil Bolhassan (kanan), pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras, di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Cheras yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas kedua-dua pegawai kanan itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sambil disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa hari ini.

Aidil yang sebelum ini memangku jawatan Timbalan Ketua JPJKK Kuala Lumpur berikrar akan menjalankan tanggungjawab sebagai KPD dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Rusdi memberitahu, Ravindar menunjukkan prestasi yang baik sepanjang menjawat jawatan sebagai KPD Cheras selama enam bulan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI