fbpx

Agong, permaisuri santuni peserta Tilawah Al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa tahun 1446H/2024.

Majlis santapan bersama 92 peserta Tilawah Al-Quran dan Hafazan daripada 71 negara berlangsung di Dewan Santapan Utama, Istana Negara di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderamata kepada 20 orang jemaah hakim serta beramah mesra dengan peserta-peserta Tilawah dan Hafazan yang hadir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI