fbpx

7 maut dalam serangan Israel di Damsyik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangunan kediaman yang terkena serangan udara askar Israel di pinggir bandar Mazzeh, barat Damsyik semalam. - AFP

DAMSYIK – Tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara askar Israel di Damsyik semalam, yang menurut badan pemantau perang bahawa ia menyasarkan bangunan digunakan oleh Pengawal Revolusi Iran dan kumpulan Hezbollah, lapor akhbar Arab News.

Kementerian Pertahanan Syria berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara yang maut dalam serangan ke atas bangunan kediaman dan komersial di kejiranan Mazzeh di ibu negara. Kawasan itu turut menempatkan bangunan kedutaan dan ibu pejabat keselamatan.

Tambahnya, angka kematian masih di peringkat awal kerana anggota penyelamat masih memeriksa runtuhan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata: “Israel menyasarkan sebuah bangunan yang sering dikunjungi oleh Pengawal Revolusi Iran berpangkat kanan dan pegawai Hezbollah, serta sebuah kereta yang diletakkan di hadapan bangunan itu.”

Tambah organisasi tersebut, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang maut ialah warganegara asing, namun bukan Iran.

Saluran televisyen milik kerajaan Syria berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan meluas.

Seorang wartawan agensi berita AFP berkata, tiga aras pertama bangunan itu telah musnah, manakala kira-kira 20 kereta rosak akibat serpihan yang jatuh. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI