fbpx

30 peratus MyKid belum dituntut ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAH ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-76 peringkat negeri Melaka dan Pertandingan Akhir Pidato JPN di Auditorium JPN, Ayer Keroh, Melaka. Foto AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Sebanyak 30 peratus MyKid masih belum dituntut oleh ibu bapa yang telah membuat permohonan sebelum ini sekali gus menyebabkan berlakunya lambakan kad pengenalan itu di pejabat Jabatan Pendaftaran (JPN) sejak permohonan dibuka semula sejak 29 Julai lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Faizah Jaarudin memohon untuk ibu bapa membuat kutipan MyKid di mana-mana 210 pejabat JPN seluruh negara.

“Pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my sebelum hadir membuat kutipan di mana-mana pejabat JPN yang dipilih,” katanya ketika ditemui pada Program Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 Peringkat Negeri dan Pertandingan Akhir Pidato JPN di Auditorium JPN, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Faizah, permohonan MyKad bagi kanak-kanak berusia 12 tahun di seluruh negara sejak Januari hingga September 2024 merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 366,526 permohonan, berbanding 349,520 dalam tempoh sama tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI