fbpx

30 PATI kena kutip di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang ditahan semasa mereka sedang bekerja menerusi Ops Sapu/Kutip yang dijalankan di Kota Bharu semalam. -FOTO IHSAN JIM KELANTAN

KOTA BHARU – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam Ops Sapu/Kutip yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar bandar Kota Bharu dan Pasir Puteh dekat sini bermula kelmarin hingga semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, seramai 15 pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan menjalankan operasi itu bermula pukul 2 petang semalam.

Menurutnya, 30 PATI yang ditahan melibatkan 17 lelaki warganegara Bangladesh, wanita Thailand (5), lelaki Thailand (4), lelaki Pakistan (2) selain masing-masing seorang lelaki Myanmar dan India.

“Warga asing di Kota Bharu diberkas di beberapa premis di sebuah pasar raya, kedai serbaneka, bengkel besi dan kedai makan.

“Di Pasir Puteh pula, PATI itu ditahan di beberapa buah rumah di Kampung Permatang Sungkai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, kesemua warga asing itu ditempatkan di Depot Imigresen Tanah
Merah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c), Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI