fbpx

2 kumpulan sindiket curi kabel di Miri tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabel yang dirampas hasil tangkapan yang dibuat ke atas dua kumpulan sindiket yang aktif mencuri kabel di Miri.

MIRI – Dua kumpulan sindiket yang aktif mencuri kabel di sekitar bahagian ini akhirnya tumpas, apabila sembilan ahlinya termasuk pemilik premis yang membeli barang curi berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun itu dicekup dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada 4 dan 7 Oktober lalu.

“Dalam serbuan berkenaan, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kertas siasatan dengan menangkap sembilan suspek termasuk pemilik premis yang membeli barang curi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata dalam sepanjang tempoh 1 Januari 2024 sehingga 7 Oktober 2024, pihaknya berjaya menyelesaikan 32 kertas siasatan daripada 36 kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Katanya dalam tempoh berkenaan, seramai 57 penjenayah berjaya ditangkap bagi membantu siasatan kes kecurian kabel yang berlaku di sekitar bahagian ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI