fbpx

‘Yang paling bertepuk tangan, bergembira itu syaitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Catriona Ross memuat naik video dalam Instagram dengan nasihat agar tidak menyebarkan aib orang lain.

PETALING JAYA – Berduyun-duyun selebriti tanah air tampil memberikan reaksi masing-masing membabitkan perceraian pasangan sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin semalam.

Tidak terkecuali, pelakon Catriona Ross memuat naik video dalam Instagram menasihati agar jangan menyebar aib individu lain sekiranya timbul perasaan saling membenci antara satu sama lain.

Video tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan Fazura mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Fattah.

“Apabila timbul perasaan tidak suka kepada orang, tidak mengapa. Tetapi tidak perlu mengaibkan orang itu, kita perlu sedar setiap orang ada kebaikan dan keburukan. Malah kita juga ada banyak keburukan yang Allah simpan aib kita.

“Kita tidak perlu kongsikan keburukan kepada orang lain. Kita juga tidak perlu mengeluarkan aib kita dan berceritakan tentang segala keburukan kepada orang lain. Tahukah golongan yang paling bertepuk tangan dan bergembira ialah syaitan,” katanya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen ramai pengguna media sosial yang terhibur dengan Catriona yang mengelarkan dirinya sebagai Ustazah Nour Netizen di samping gaya pertuturan seperti orang Arab.

“Memang kelakar habis. Bagus nasihat ustajah (ustazah). Nasihat kami lagi.

“Kemain pekat pelat Arab dia. Ustazah Nour Netizen pelat Mesir. Nasihat orang sumpah makan dalam.

“Memang terbaik nasihat ini. Memang makan dalam ini. Siapa makan cili dia rasa pedasnya,” antara komen netizen.

Semalam Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu selapas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI