fbpx

‘Ya, dia failkan perceraian’ – Isteri dedah dicerai Baim Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Desas-desus keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila dia memfailkan cerai terhadap isterinya,Paula Verhoeven, semalam.

KHABAR angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu memfailkan cerai terhadap isterinya,Paula Verhoeven, semalam.

Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Baim dan memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

“Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi topik hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang respons terhadap khabar angin yang bertebaran.

Lebih menguatkan andaian apabila pemilik nama lengkap Muhammad Ibrahim, 43, mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.

Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang baru berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI