fbpx

UTeM terima kemasukan pelajar teramai dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR melakukan proses pendaftaran di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merekodkan kemasukan pelajar baharu teramai sejak penubuhannya dengan seramai 2,896 orang hadir mendaftar bagi semester satu sesi 2024/2025, semalam.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTeM merekodkan kemasukan membanggakan bagi program ijazah sarjana muda untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2022 sehingga 2024.

“Jika dibandingkan bagi tiga tahun berturut-turut, kali ini merupakan puncak peningkatan bila mana 2022 kami menerima seramai 2,043 orang pelajar dan 2,530 orang bagi 2023.

“Corak peningkatan ini disebabkan UTeM selaku universiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Malaysia terus menjadi pilihan dan buruan utama lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda,” katanya kepada pemberita.

Tambah Massila, UTeM juga merupakan sebuah institut yang menjadi juara berganda dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) apabila mencapai kadar kebolehpasaran graduan (GE) 2023 sebanyak 97.7 peratus.

Jelasnya, pengajian di UTeM menepati keperluan dan permintaan semasa industri selaku penerima Anugerah Universiti Pilihan Majikan, baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu mengikut rekod pendaftaran, seramai 727 orang pelajar memilih untuk mengikuti pengajian dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP).

“Bagi pelajar yang mendaftar mengikuti pengajian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) pula seramai 667 orang.

“Selebihnya mendaftar bidang pengurusan teknologi dan teknousahawanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) iaitu seramai 503 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI