fbpx

Syed Mokhtar Albukhary kekal pemegang saham utama Media Prima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mokhtar Albukhary

PETALING JAYA – Taikun perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor masih lagi merupakan pemegang saham utama dalam Media Prima Berhad (Media Prima).

Media Prima dalam satu kenyataan bertarikh hari ini berkata, Aurora Mulia Sdn. Bhd. (AMSB) telah mengesahkan bahawa ia masih memegang kepentingan langsung sebanyak 353,815,941 saham (31.9 peratus) dalam Media Prima, dan Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam Media Prima melalui pemilikan sahamnya dalam AMSB.

“Syarikat ingin menekankan bahawa penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024,” katanya.

Semalam, Media Prima mengeluarkan tiga pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung Notice of Person Ceasing To Be Substantial Shareholder Pursuant to Section 139 of the CA 2016.

Ia telah menimbulkan salah faham dengan membayangkan bahawa AMSB dan secara tidak langsung, Syed Mokhtar telah tidak lagi menjadi pemegang saham utama Media Prima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI