fbpx

Spekulasi perceraian Putera Harry, Meghan Markle bertiup kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harry dan Meghan sudah tidak dilihat melakukan aktiviti jelajah bersama-sama. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA  – Kerabat diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle dilaporkan hidup berasingan dengan Duke of Sussex melancarkan ‘jelajah dunia’ secara solo tanpa ditemani Meghan, lapor laman berita RadarOnline semalam.

Harry dilihat tersenyum semasa lawatannya ke Afrika tanpa ditemani Meghan sekali gus membawa kepada spekulasi kencang bahawa rumah tangga pasangan diraja itu berantakan.

Sebelum ini, mereka yang memakai  gelaran Duke dan Duchess of Sussex, terkenal dengan usaha bersama dalam mempromosikan pelbagai acara amal melalui yayasan Archewell. 

Bagaimanapun, banyak lawatan Harry baru-baru ini menyaksikan beliau melakukannya secara bersendirian.

Harry juga menghabiskan malam hari jadi  yang ke-40 berjauhan dengan isterinya ketika beliau mengisi sambutan tersebut dengan mendaki bersama rakan-rakannya.

Beliau juga muncul pada 10 acara dalam 15 hari terakhir tanpa Meghan di sisi ketika melakukan ‘lawatan separa diraja’ di tiga lokasi termasuk New York, London dan Lesotho.

Satu sumber memberitahu RadarOnline: “Harry dan Meghan akan menjalani kehidupan berasingan, dan mereka mempunyai pelan tindakan untuk melakukannya.

“Mereka telah lama berpisah dengan Harry mahu kembali ke Britain, di mana rakan-rakan lamanya berada dan harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga diraja yang sangat selesa. Ia meletakkan tekanan sebenar pada perkahwinan mereka.”

Tambah sumber tersebut, kehidupan yang Meghan inginkan di Los Angeles adalah jauh berbeza dengan keinginan Harry, malah ia kelihatan asing kepada mana-mana lelaki Inggeris berdarah diraja.

“Rancangan untuk meneruskan aktivitinya secara sendiri dan lawatan yang jauh daripada  Meghan adalah tanda pertama mereka sedang berada dalam cubaan untuk berpisah,” kata sumber tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI