fbpx

Sin Kong didakwa kemuka tuntutan palsu baiki bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sin Kong (kanan depan) ketika hadir bersama isteri dengan dikawal pegawai SPRM hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat pembaikan kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah RM302,850.48 bagi kerja-kerja pembaikan bot, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Yap Sin Kong, 58, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan termasuk pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan, Sin Kong didakwa telah memperdayakan seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam Cawangan Pengurusan Kewangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi satu dokumen kerja-kerja pembaikan ke atas Bot Perantas KB79-Stesen Wilayah Persekutuan Labuan berjumlah RM302,850.48.

Dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu yang mana kerja-kerja berkaitannya tidak dilaksanakan tertuduh.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Tertuduh juga didakwa pertuduhan pilihan atas perbuatan sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Cawangan Pengurusan Kewangan Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya pada 5 Oktober 2021.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan jaminan RM15, 000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri pada setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan menyerlah pasport kepada mahkamah.

Sin Kong tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan susulan mempunyai masalah kewangan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan semua permohonan pihak pendakwaan dengan sebutan semula kes pada 13 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI