fbpx

Sewa premis Mara semata-mata untuk kejar tender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Asyraf Wajdi melakukan pemeriksaan mengejut di Arked Mara di pekan Changlun, Kubang Pasu, Kedah.

PETALING JAYA – Segelintir pihak didapati menyewa premis di Arked Mara semata-mata sebagai alamat perniagaan bagi mengejar tender-tender di kawasan berhampiran.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut antara faktor yang menyebabkan Arked Mara kelihatan lesu.

“Apabila banyak lot-lot premis Arkid Mara tidak beroperasi atau dijadikan stor atau sekadar untuk ada alamat bagi mengejar tender-tender di kawasan berhampiran, inilah yang menyebabkan Arked MARA dilihat laih dan lesu.

“Saya amat kesal dengan sikap segelintir yang mengambil kesempatan atas sewaan premis Mara yang murah dengan tidak beroperasi sebagaimana yang dijanjikan dalam kontrak. Mereka hakikatnya menafikan hak orang lain yang benar-benar mahu berniaga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau telah neminta pengurusan Mara ibu pejabat dan begeri untuk lebih tegas, proaktif dan segera ambil tindakan terhadap penyewa-penyewa yang culas, curang dan tidak bertanggungjawab tersebut.

Terdahulu, beliau memaklumkan telah melakukan pemeriksaan mengejut di Arked Mara di pekan Changlun, Kubang Pasu, Kedah.

Menurutnya, beliau mendapati banyak lot-lot premis ditutup, tidak berpenghuni walaupun lokasi Arked Mara itu adalah strategik kerana berada di laluan utama ke Bukit Kayu Hitam dan sempadan Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI