KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah di atas perlantikan Ramli yang juga Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang mengangkat sumpah atas sebagai MKT UMNO Malaysia pada malam ini.
“Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau menjadi Orang Asli pertama yang menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
“Ini membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk Orang Asli,” jelasnya.
Katanya, UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan negara dalam landskap politik negara. – KOSMO! ONLINE.