fbpx

Polis rampas 1.2 juta pil Yaba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN ketua dan pegawai polis bercakap pada sidang akhbar rampasan 1.2 juta pil methamphetamine di ibu pejabat tempatan kelmarin. – KHAOSOD

BANGKOK –  Polis di Nakhon Si Thammarat merampas 1.2  juta pil methamphetamine dalam rampasan dadah utama yang mendedahkan tentang harga borong dadah berkenaan yang rendah serta promosi untuk belian pukal, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dadah itu dipercayai dihasilkan di negara-negara jiran Thailand yang dilanda konflik.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Rantau 8, Saranyu Chamnanrach dan Ketua Polis Wilayah Nakhon  Si Thammarat, Somchai Suetortrakul bersama-sama pegawai tentera Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Rantau 4,  mengumumkan kejayaan operasi yang membawa kepada rampasan dadah tersebut di ibu pejabat Polis Wilayah Rantau 8 kelmarin.

Selain rampasan sejumlah besar methamphetamine, polis turut menangkap 638 individu yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Nakhon Si Thammarat  yang mempunyai rangkaian pengangkutan luas  dengan kawasan-kawasan lain, menjadi lokasi transit kemasukan narkotik untuk tujuan simpanan sebelum proses pengedaran seterusnya. 

Pegawai-pegawai penguatkuasa bukan sahaja memintas dadah tetapi turut merampas aset berkaitan perdagangan haram itu.

Saranyu berkata, harga runcit pil methamphetamine yang dikenali sebagai Yaba di Thailand merosot secara drastik daripada antara 200 (RM25)  hingga 500 baht (RM64) sebiji kepada cuma 20 baht (RM2.50)  sebiji hari ini.

Harga borong pula lebih rendah iaitu kurang 5 baht (RM0.63)  sebiji untuk pembelian pukal.

“Perang di negara-negara jiran memaksa banyak pengeluar minoriti  meningkatkan  pengeluaran bagi membiayai operasi mereka. Ini membawa kepada lebihan bekalan dan harga lebih murah.

“Ini juga sebab utama mengapa kita lihat dadah dalam kuantiti besar memasuki Thailand terutamanya di selatan,” kata Saranyu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI