fbpx

Petugas kesihatan Terengganu siap siaga hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (dua dari kanan) meninjau salah satu reruai selepas merasmikan Latihan Respons Insiden Besar peringkat kebangsaan di Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan menggerakkan 796 kakitangannya sebagai persiapan menghadapi banjir musim tengkujuh yang dijangka melanda pada bulan depan.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesemua petugas itu akan ditempatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang bakal dibuka untuk mangsa banjir di seluruh negeri ini.

“Seramai 380 petugas akan mengendalikan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit sebelum, semasa dan selepas banjir di PPS terlibat.

“Baki 416 petugas lagi akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan di PPS berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan Latihan Respons Insiden Besar peringkat kebangsaan.

Kasemani berkata, petugas kesihatan musim banjir itu terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu.

Jelas beliau, mereka akan dibahagikan dalam pasikan yang mengandungi penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu.

“JKNT akan memastikan semua mangsa banjir yang akan ditempatkan di PPS seluruh negeri ini berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit berkaitan bawaan air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI